Wednesday, March 30, 2011

Masalah Krisis Gula! Kerajaan Buatlah Sesuatu!!

Gula merupakan bahan yang dicampur dalam makanan dan minuman kita. Gula adalah bahan  yang sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia terutamanya semasa perayaan. Sekali sekala kerajaan kena "tunjukkan taring" dan keluarkan arahan ala "kuku besi" sebagai pengajaran kepada pekilang gula yang sehingga kini masih bersikap membisu walaupun telah beberapa kali ditegur dan didesak oleh kementerian dan persatuan pengguna supaya memberikan kenyataan rasmi kepada rakyat mengapa sukar mendapatkan gula di pasaran sekarang.
Tambahan pula, jaminan menteri berkenaan diibaratkan seperti melepaskan batuk ditangga sahaja kerana hakikatnya gula masih kurang di pasaran. Malah di beberapa tempat seperti Tampin, Alor Gajah, Senawang dan Mantin masih lagi berlaku senario papan tanda "gula habis" ditampal di kedai runcit.  Sekiranya kegagalan kerajaan menangani krisis ini kemungkinan besar kerajaan akan mengambil langkah menaikkan harga gula sepertimana yang dilakukan apabila timbul krisis kekurangan diesel satu ketika dahulu, jika ini berlaku maka sekali lagi rakyat akan menjadi mangsa apabila dibebani dengan kenaikan kos harga gula ini.
Manakala ABIM merasakan tindakan bersepadu perlu dibuat bagi membendung masalah ini daripada menjadi semaking meruncing dan membawa kesan negatif kepada masyarakat terbanyak, yang kini masih terhimpit dengan krisis kewangan global.
Harapan rakyat, kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih drastik untuk melindungi berpuluh juta pengguna gula diseluruh negara daripada melindungi kepentingan 4 buah kilang gula sahaja. Tentulah tidak adil untuk memberi keutamaan kepada minoriti sedangkan majoriti tersepit begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment